Sunday, September 12, 2010

if it is my fault, 'IM SORRY',,

selepas entry raya-gumbira, tetiba nk masuk mood yg beremosi skit.
oh, beremosi bukan bermaksud perlu menangis bagai-nak-rak. memang tak!
bukan bererti juga perlu mengalirkan airmata untuk penuhkan sebaldi. tidak juga!

mari sy mula bercerita,

situsinya:

saya sudah mengenali hati budinya hampir 3 tahun dan mungkin menjangkau ke tahun ke-4.
selama berkawan dengannya, setiap reaksi dan perihal aku dapat di agaknya, rahsia aku pun dia tahu.
kami berkongsi segalanya. dr A sampai ke Z.
perhatiannya untuk ku tidak pernah luntur, sedikit pun x. dijaganya ku bagai menatang minyak yg penuh seperti adik-beradiknya sendiri. mungkin itu yg menyebabkan aku rapat dengannya.bermacam dugaan yg kami lalui bersama samada duka mahupun gembira.

sebelum berkawan dengannya,
aku mempunyai sahabat yg lain, juga merupakan teman sebilik ku,
kami juga berkongsi cerita bersama, kami mempunyai badge yg terlukis nama kami.
tapi itu hanya untuk sementara, kami mulai renggang sedikit-demi-sedikit.
ada di antaranya langsung tidak bertegur dgn aku, mugkin silap aku juga.

dan kesalahan aku itu telah membawa terjadinya kepada situasi yg aku alami sekarang,
seorang yg pernah memberi perhatian kpd ku dulu,kini telah memberikan perhatiannya kpd org lain. mungkin itu dosa ku kerana mengabaikan teman ku dahulu.

aku tidak menyalahkan sesiapapon, tapi aku menyalahkan diri-aku-sendiri. itu bukan salah kamu mahupun kalian, jauh sama sekali.

memang tidak ada sekelumit pon dendam aku terhadap kamu semua.

kpd teman baik ku:
mungkin ini kali terakhirku memohon maaf padamu kerana aku tidak mahu mengulangi kesilapkuku

- tidak mempercayaimu di kala kau mahu aku percayakan ku.
sebabnya: banyak perihal yg kau lakukan di belakangku tapi aku tidak mengetahuinya.
sedikit pon kau tidak berkongsi dgn ku,knp dulu kau boleh lakukan sedemikian?
tapi aku dapat tahu dr org lain.

salahku juga, mungkin sekarang aku tidak patut mengongkongmu.

' jgnla kau memohon maaf kpdku, andainya perkara yg berulang akan terjadi kepadaku '

maksudku: kalau boleh aku putarkan waktu, mampukah kau jadi seperti dahulu?
knp kau perlu meminta maaf sedangkan kau boleh berubah. ya, perubahan itu yg mahu ku lihat.

- tidak mendengar setiap bisikan hati mu.
berhenti memendam semuanya sahabat, berhenti! apakah janji kita dahulu? cukup puaskah kau dgn cara sebegitu. knp kau memikirkan kau akan membebankanku, walhal waktu dulu, kita berkongsi segala cerita bersama.

- selalu menyalahkan kamu
maaf kan aku kerana selalu menyalahkan mu kerana kau lebih mementingkan org lain lebih dari aku. maafkan aku kerana jd sebegitu. maaf kerana aku tak sempurna.

masihkah kau ingt:
- sebelum tido, ada sj cerita yg di kongsikan bersama.
- berkongsi cerita sedih dan bergelak-tawa bersama. di kala waktu pagi yg dingin, kita dah keluar bilik, duduk di bangku bercerita bersama.
- duduk di tangga hujung,menceritakan segalanya.

aku marah padamu kerana membuat aku sebegini, mungkin kau sudah lupa janji kau dahulu. aku harap tidak! apakah ini pengakhiran segalanya?

yg memulakan pergaduhan, ya. aku!
yg memulakan pertelingkahan, ya. aku!

sbb apa?kerana aku mahu lihat masihkah kau mengambil berat akan diriku? adakah kau masih menyayangi aku seperti dahulu?

"hargai persahabatan mu, jgn kau lihat dia bersedih kemudiannya kau pergi dr hidupnya dan menyatakan selamat tinggal. apakah lebih bagus, kau mendekatinya lalu memeluk dan mengelap airmata sedihnya. luangkan masa dan berkongsi segalanya ketika dia masih berada di depan matamu, jgn nnt kalau dia betul2 tinggalkan dunia, kau menyesali setiap perbuatanmu"

"hargai persahabatan mu, masa kegembiraan di kecapi, carilah dirinya agar dia juga dapat merasakan kebahagiaanmu. cukup sekadar melihat senyuman terukir di wajahmu, itu sudah membuatkan dia untuk gembira"

"hargai persahabatan mu, jgn kau mula memendam rasa keseorangan sedangkan kau tahu yg sentiasa berada di sisimu ialah dia. apakah lebih baik kau meluahkan rasamu kpd nya, sampai kapan kau mahu menyatakan kau membebankannya. bukan kah lebih elok masing-masing berkongsi rasa"

"hargai persahabatan mu, cintai dan kasihi dia seperi kau pernah sayangi dia dulu. jgn pernah sedikitpun kau lunturkan perasaan kasihmu kepadanya. ingat saat-saat yg pernah kalian lalui bersama, jadikan dia org terpenting dalam hidupmu bukan org yg br kau kenali"

"terima kasih sahabat kerana sentiasa berada di sisiku, ucapan seperti itu akan membuatkan dia benar2 rasa di hargai dan bahagia."

andai kata aku terlalu berterus-terang, maafkan aku.
aku sentiasa mendoakan yg terbaik untukmu! kalau kegembiraan yg kau mahu cari,pergilah.

kpd sahabatku yg lain: andai kesilapan lampauku membuatkan kalian membenciku. terpulanglah! aku pinta keampunan dr kalian untuk memaafkan setiap cela yg pernah ku lakukan. aku akan ingt setiap memori bersama kamu semua bila aku tiada nanti.

diskusi itu yg perlu, kerana ia dapat menyelesaikan masalah kita semua.

*p.s : sahabat, kau seni di hatiku. kaulah yg mencorakkannya!

:') lol

No comments:

Post a Comment