Sunday, August 15, 2010

dugaan mu,,

di kala ku kesunyian, ku termenung bersendirian.kadang-kadang aku rasakan dunia ini seolah-olah gelap.aku mencari-cari jalan keluar, akan tetapi seolah tiada jalan penghujung membuatkan aku sesat.

aku mula berfikir,

adakah aku mampu melangkah kaki ke hadapan pada esok hari?

adakah aku teguh dan tabah menghadapi setiap satu halangan dan rintangan yang datang kepadaku?

adakah aku mampu berfikir dengan lebih waras untuk membuat keputusan yg sempurna dan yang lebih baik dari sebelumnya?

ataupun aku akan menjadi longlai sebelum tiba hari esok.

aku terfikirkanmu YA ALLAH, adakah semua dugaan yg kau berikan kepadaku ini untuk menjadikan diri ku lebih bersemangat dan kuat!

aku insan yg lemah hanya mampu menangis ketika datang dugaan itu kepadaku,
tapi aku berharap aku akan menjadi lebih kuat, aku akan berhenti menangis ketika kau berikan ku dugaan itu.

kau berikanlah aku jalan untuk aku lalui YA ALLAH agar aku dapat ketenangan ketika mendapat dugaanmu itu.

insyallah,amiinn..

*YA, aku insan yg mencari mu ketika dalam kesusahan dan kesedihan.
pada waktu ku gembira, aku leka dan alpa untuk mengingatimu YA ALLAH.
aku berharap aku akan berubah menjadi insan yg lebih baik.

pictures of Sabah,,









3th,4th and 5th about SABAH,,

mak aihhh~
dah berkurun lamanya x update blog ni.maaf ye para stalkers dan blog readers.
bukannya sengaja xnk update tp seriously sgt sibuk dgn aktiviti-aktiviti di kolej.

tengok!tengok!
SABAH tu dah lama pergi kot, br nk update part 3, 4 and 5.
kita combine sekalila ye,senang sikit.*padahal malas nk update lagi lepas ni..
eh,mana ada!kita update la tp jarang-jarang.

OK,STOP! sorry,sy bermonolog sendirian tadi.

back to the basic, silap2.kembali kpd cerita yg sememangnya sy nk ceritakan ni.
sepanjang di sabah, sy telah menjelajah ke beberapa tempat yg menarik. seperti contoh:
karambunai island, yg pulaunya tersgt-lah superb, wal-la!
bersih, cantik.mmg aman dan tenang je tempat dia.

okay,antara pantai lain yg dilawati disini ialah Tanjung Aru. kalau dari pekan KK nk ke sini mengambil masa dalam 20minit mcm tu, dekat kn?
kalau anda ingin merasakan makanan laut yg segar, ada je restoran disediakan di sekitar pantai. try and eat it!
bab rasa, ok-ok je kot. tp lagi bagus kalau anda tour guide sendiri sbb dia boleh tunjukkn makanan yg murah dan sedap.

kalau anda merupakan salah seorang warga m'sia yg minat gilaaa membeli-belah,
bolehla berkunjung ke CentrePoint Sabah, mcm sy nak ke situ mengambil masa dlm 5minit berjalan kaki je sbb kediaman kami mmg berada di tengah Pekan KK, kalau mahu berjalan pada waktu malam untk makan McD pun xperlu risau, sbb dekat sgt.
bak kata saya sendiri, jalan kaki je.mcm mat salleh selalu buat kalau dtg negara kita kan. lagi satu jalan kaki tu kan mcm exercise,good for your health maa~

lagi,sy pergi mana ye.jap ek, nk try ingt balik.
haa~sy nk taip lagi yang kalau anda minat branded item mcm charles & keith, quicksilver, roxy, guess dan lain2 la. boleh je didapati disekitar pusat membeli-belah disini.
lagi-lagi, kalau nk beli souvenier untuk kawan2 ke, family ke,saudara-mara ke atau yg lain-lain ke. anda boleh je ke Pasar Sinsuran, dekat area Pekan KK juga.
mcm-mcm ada, nk t-shirt, pearl, key chain, keronsang.semuanya murah2, tp ada satu tips nk bg kt korang, kalau nk cari bende murah2, try cari kt bhgn luar dulu mcm pasar pagi jgn masuk kedai dulu sbb dah terkena time pergi dulu.
nk thu knp?

beriya-iya sgt nk shopping kerongsang and gelang, jadi kami pergilah cari dalam area kedai2 tu, bila da beli bnyk2 kami pon keluar ke pasar pagi yg terletak kt luar kedai tu la, then bila tanya harga kerongsang yg sebijik dan sejibik jisim dan rupanya. tengok2 harga diluar jauh lebih murah dr didalam.

kalau kt dalam (kedai): harga satu kerongsang = rm 8
kalau kt luar (psr pagi): harga satu kerongsang = rm 4, beli 3 dia bg rm 10..

walaweehhhh,, sakitnya hati.murah lg kot kt luar dr kt dalam.bukannya kt dalam tu ada air-cond ke apa, still panas jugak. tp xpela,dah beli kn, nk buat cne.
lain kali korang kena la pandai2 survey harga dulu sebelum beli.phm x?

bab membebel selesai.

eh, sy lupa nk beritahu.kalau kt Sabah, pukul 6.20pg kt situ dah mcm pukul 8pg kt KL.
mula-mula bangun pagi,terperanjat sgt, sbb tgk jam br pukul 6.20pg tp kt luar dah mcm pukul 8pg kt KL. dengan cahaya matahari mula nk menunjukkan diri. rasa mcm ada kt luar negara plak.chewaahh~
itu waktu pagi, kalau malam dia plak. pukul 5ptg kt sana dah mcm 7mlm kt KL.
rasa waktu tu cpt sgt berlalu.patutlah cepat je waktu berbuka puasa kt Sabah kn?

tu jela kot sy nk cerita,
sy dah penat menaip sbb da lme xmenaip kn, jd sy ingt nk berhenti sampai disini je kot.

lepas tu, lepas tu.sy nk ckp, kalau ada apa-apa pertanyaan yg nk diajukan kpd sy ketika berada di Sabah, bg je komen ok? insyallah akan di layan..

lol :))