Wednesday, September 15, 2010

serius,aku benci kau,,

amikk sebijik,terus benci tahu.
dah xda lg maaf bagimu, senang2 je ko perkecilkan diri aku.
kau ingt kau sapa?ada aku jemput ke masuk ke rumah aku?
xda kn, tak reti malu langsung.

eiiiii,,nasib baik aku xpijak kau sampai mampos wahai KATAKKK!!!

aku marah sbb gara-gara katak tu la, time nk pergi amik air kt dapur tetbe rasa terpijak sesuatu benda yg sgt lembut dan sejuk. tengok je kt bawah, ada haiwan berkaki 4 berwarna hijau. 'opocot, dlm hati nsb baik kau x mati..'

geli-geleman aku dibuatnya, serius aku ckp.lepas neh mmg aku xmahu pandang kau guna 22 belah mata aku lg dah!kau dah buat aku benci paras maksima kt kau ni.

tolonglah jauhkan semua binatang ni dr aku:

1) lipas (my-oh-my, aku kalau jumpa benda ni mmg sah menjerit,bole melompat lg.geli.)
2) tikus (eewwll, lg2 yg bsr mcm kucing peliharaan tu.mahu aku pengsan klu dia dtg)
3) cicak (kalau jumpa ah cak ni,lastik je.dapat pahala)
4) ular (oh-hoi, mmg aku xsuka kau. pergi main jauh2)

ada bnyk lg, tp x terfikir plak. bila datang demam ni, mmg lmbap sket nk berfikir.
tu je aku nk cite, korang plak takut apa?

:)) lol

Tuesday, September 14, 2010

if it is my fault, 'IM SORRY' (part 2),,

mmg benar ckp org, sesuatu pergaduhan itu kadang-kadang lebih baik untuk mengeratkan hubungan. bila gembira je, bosan pula rasa hidup. bila bergaduh ni, baru ada rasa mcm satu elemen yg membuatkan kita mcm 'WOW',,(kau masih sayangkan aku rupanya..)
betulla ckp org, x syokla bila dlm persahabatan xda pergaduhan.

kpd si stalker (you-know-who), haa~awaklah..siapa lg yg tgh bc blog ni.

saya mmg sayang awk bnyk-bnyklah, xterkira rasa sayangnya.
eh,silap. saya mana ada syg awk, sikit pon x!
walaupun awk sentiasa stalk saya, tu dah tunjuk awk amik berat psl sy.
lepas tu, siapa spy-spy awk tu? dorang dpt gaji x? dpt makan dan minum free ke?
kalau mcm tu, sy nk join sekaki boleh. sy xminta gaji pon. ckup sekadar beritahu khabar awk, teman saya jalan-jalan, pergi makan bersama, dan lain2 lagi.

mesti semua org pon pelik, apalah yg cuba disampaikan kt entry ni.
mmg xda apa yg nk di sampaikan, cuma org yg sepatutnya shj akan thu apa yg nk di sampaikan.



maaflah. menyusahkan korang je kena baca sampai habis.ngaa~

lots of <3
:)) kim

Monday, September 13, 2010

terima je,,

~haih

badan dah sakit-sakit mcm hape sebab demam dan batuk x tentu hala.
bangun je pagi td, tetiba kepala ni rasa berat sgt, tp masih lagi menguatkan badan untuk bangun dan bersahur.

bersahur untuk apakah? yaa!semestinya untuk berpuasa 6, bukan 7, 8 mahupun 9.
tp cik emak berkata ' ima xpyh puasa lah, kalau sakit-sakit mcm ni'.

oh, akan tetapi, ku berdegil juga mahu berpuasa. seharian terlantar di atas katil,
tidur sepuasnya kerana tidak mampu bangun segala. tekak rasa kekeringan, berpeluh bagai nk rak, kesejukan melampau. nk kata makan rendang sampai pecah perut pon x juga.
mungkin jangkitan dr si abang yg membuatkan aku jd sebegini. huh~

'sakit itu kn salah satu cara untuk menghapus dosa'

xpela, aku pasrah dan terima seadanya, moga-moga sakitku ini cepat sembuh.
amiinn..

:)) lol

Sunday, September 12, 2010

geli-gila,,

padahal aku nk tulis gelak kuat-kuat!
xda kaitan langsung dengan geli ke mende ke, xda masa.
aku nk ckp psl guling-guling, eh.silap, gelak-gelak.

aku nk ckp knp bila aku gelak kuat-kuat lepas tu mesti ada org tegur,

contoh teguran 1: sure lepas gelak ni nangis, tup..tup esok tu aku menangis, apa kes?

contoh teguran 2: awat dok seronok sgt ni? hang nak nanges ka?

manela nk tahu, lepas gelak mesti kena nangis ke? tp selalunya mmg jadi mcm tu.
knp haa? lumrah kehidupan ke mcm tu? dari dulu lg ek nenek moyang ckp kalau kau gelak kuat-kuat mesti kau nangis.

sekarang ni mmg aku nk rasa gelak laju-laju, lepas tu nak nangis kuat-kuat.
sesiapa yg boleh bawa aku naik bukit tinggi-tinggi, aku nk jerit lama-lama!!!!

kalau jerit dalam ni boleh x? jap nk try..

"arrrggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh,, tensioooonnnnnnnnnnnnnnnyaaaaaaa aaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkuuuuuuuuuuuuuuuu!!!"

amik kau, dengar x aku jerit.oh, begitu b*ng**g soalan tu.
aku tgh tension gila sekarang, sbb bnyk perkara berlegar dlm fikiran.
dgn siapa aku nk kongsi ni? someone, HELPP ME.

aku nk makan banyak-banyak, biar gemuk gedempol. apa aku kisah, korang mmg sah-sah x kn kisah sbb sukati aku la kn.kn.kn?

ok,mcm dah x siuman aku rasa. merepek-kerepek kt dlm ni. ok lah, nk pergi makan.nnt aku sambung entri lain yg lebih menguja dan menggiurkan.

ayat nk hebat, xbole blah aku ni.
ingt, support aku untk jd gemuk gedempol tahu!



sure org kalau nmpk aku mcm nie, lari jauh-jauh kn? tu la yg aku nk.
go kim! makan bnyk-bnyk.

:)) lol

if it is my fault, 'IM SORRY',,

selepas entry raya-gumbira, tetiba nk masuk mood yg beremosi skit.
oh, beremosi bukan bermaksud perlu menangis bagai-nak-rak. memang tak!
bukan bererti juga perlu mengalirkan airmata untuk penuhkan sebaldi. tidak juga!

mari sy mula bercerita,

situsinya:

saya sudah mengenali hati budinya hampir 3 tahun dan mungkin menjangkau ke tahun ke-4.
selama berkawan dengannya, setiap reaksi dan perihal aku dapat di agaknya, rahsia aku pun dia tahu.
kami berkongsi segalanya. dr A sampai ke Z.
perhatiannya untuk ku tidak pernah luntur, sedikit pun x. dijaganya ku bagai menatang minyak yg penuh seperti adik-beradiknya sendiri. mungkin itu yg menyebabkan aku rapat dengannya.bermacam dugaan yg kami lalui bersama samada duka mahupun gembira.

sebelum berkawan dengannya,
aku mempunyai sahabat yg lain, juga merupakan teman sebilik ku,
kami juga berkongsi cerita bersama, kami mempunyai badge yg terlukis nama kami.
tapi itu hanya untuk sementara, kami mulai renggang sedikit-demi-sedikit.
ada di antaranya langsung tidak bertegur dgn aku, mugkin silap aku juga.

dan kesalahan aku itu telah membawa terjadinya kepada situasi yg aku alami sekarang,
seorang yg pernah memberi perhatian kpd ku dulu,kini telah memberikan perhatiannya kpd org lain. mungkin itu dosa ku kerana mengabaikan teman ku dahulu.

aku tidak menyalahkan sesiapapon, tapi aku menyalahkan diri-aku-sendiri. itu bukan salah kamu mahupun kalian, jauh sama sekali.

memang tidak ada sekelumit pon dendam aku terhadap kamu semua.

kpd teman baik ku:
mungkin ini kali terakhirku memohon maaf padamu kerana aku tidak mahu mengulangi kesilapkuku

- tidak mempercayaimu di kala kau mahu aku percayakan ku.
sebabnya: banyak perihal yg kau lakukan di belakangku tapi aku tidak mengetahuinya.
sedikit pon kau tidak berkongsi dgn ku,knp dulu kau boleh lakukan sedemikian?
tapi aku dapat tahu dr org lain.

salahku juga, mungkin sekarang aku tidak patut mengongkongmu.

' jgnla kau memohon maaf kpdku, andainya perkara yg berulang akan terjadi kepadaku '

maksudku: kalau boleh aku putarkan waktu, mampukah kau jadi seperti dahulu?
knp kau perlu meminta maaf sedangkan kau boleh berubah. ya, perubahan itu yg mahu ku lihat.

- tidak mendengar setiap bisikan hati mu.
berhenti memendam semuanya sahabat, berhenti! apakah janji kita dahulu? cukup puaskah kau dgn cara sebegitu. knp kau memikirkan kau akan membebankanku, walhal waktu dulu, kita berkongsi segala cerita bersama.

- selalu menyalahkan kamu
maaf kan aku kerana selalu menyalahkan mu kerana kau lebih mementingkan org lain lebih dari aku. maafkan aku kerana jd sebegitu. maaf kerana aku tak sempurna.

masihkah kau ingt:
- sebelum tido, ada sj cerita yg di kongsikan bersama.
- berkongsi cerita sedih dan bergelak-tawa bersama. di kala waktu pagi yg dingin, kita dah keluar bilik, duduk di bangku bercerita bersama.
- duduk di tangga hujung,menceritakan segalanya.

aku marah padamu kerana membuat aku sebegini, mungkin kau sudah lupa janji kau dahulu. aku harap tidak! apakah ini pengakhiran segalanya?

yg memulakan pergaduhan, ya. aku!
yg memulakan pertelingkahan, ya. aku!

sbb apa?kerana aku mahu lihat masihkah kau mengambil berat akan diriku? adakah kau masih menyayangi aku seperti dahulu?

"hargai persahabatan mu, jgn kau lihat dia bersedih kemudiannya kau pergi dr hidupnya dan menyatakan selamat tinggal. apakah lebih bagus, kau mendekatinya lalu memeluk dan mengelap airmata sedihnya. luangkan masa dan berkongsi segalanya ketika dia masih berada di depan matamu, jgn nnt kalau dia betul2 tinggalkan dunia, kau menyesali setiap perbuatanmu"

"hargai persahabatan mu, masa kegembiraan di kecapi, carilah dirinya agar dia juga dapat merasakan kebahagiaanmu. cukup sekadar melihat senyuman terukir di wajahmu, itu sudah membuatkan dia untuk gembira"

"hargai persahabatan mu, jgn kau mula memendam rasa keseorangan sedangkan kau tahu yg sentiasa berada di sisimu ialah dia. apakah lebih baik kau meluahkan rasamu kpd nya, sampai kapan kau mahu menyatakan kau membebankannya. bukan kah lebih elok masing-masing berkongsi rasa"

"hargai persahabatan mu, cintai dan kasihi dia seperi kau pernah sayangi dia dulu. jgn pernah sedikitpun kau lunturkan perasaan kasihmu kepadanya. ingat saat-saat yg pernah kalian lalui bersama, jadikan dia org terpenting dalam hidupmu bukan org yg br kau kenali"

"terima kasih sahabat kerana sentiasa berada di sisiku, ucapan seperti itu akan membuatkan dia benar2 rasa di hargai dan bahagia."

andai kata aku terlalu berterus-terang, maafkan aku.
aku sentiasa mendoakan yg terbaik untukmu! kalau kegembiraan yg kau mahu cari,pergilah.

kpd sahabatku yg lain: andai kesilapan lampauku membuatkan kalian membenciku. terpulanglah! aku pinta keampunan dr kalian untuk memaafkan setiap cela yg pernah ku lakukan. aku akan ingt setiap memori bersama kamu semua bila aku tiada nanti.

diskusi itu yg perlu, kerana ia dapat menyelesaikan masalah kita semua.

*p.s : sahabat, kau seni di hatiku. kaulah yg mencorakkannya!

:') lol

HAPPY EID'UL FITR,,

i just mention the entry, sorry for being the last person to wish u guys.

bukan sengaja nk wish lambat-lambat, serius x. jari ni malas sgt nk menaip,rasa cm nk babab je jari yg cute neh. (oh, sgt terperasan di situ)

nk update blog pon malas sekarang ni, sbb apa?knp?.
one word = entah!

okay, di kesempatan ini. walaupun sudah hari raya yg ke-3,
saya ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin'
ku hulur tangan memohon ampun atas segala silap dan salah yang pernah ku lakukan.

kadang-kadang mulut laser bak pistol otromen, (tak-tak,gurau je. ok,serius!)

to everyone, my friends, classmates, college mates, roomates dan semua mates yang lain:

kadang-kadang, kim x sengaja nk beremosi.lepas tu kalau ada marah-marah ke, tengking xtentu hala.pernah ke kim wat cmtu? rasa mcm x, tp xpe kn kalu minx maaf gak.
minta maaf ye.

kadang-kadang, kim mengata dan mengutuk korang ke. minta maaf juga ye,
im human too, mmg xboleh jd sempurna. lg-lg jd perempuan, mmg suka bergosip.
balik dr klas, buka kasut, msuk bilik ad je cerita sensasi dan hangat yg nk diperkatakan.

kepada org yg sy t'mengumpat : maafkan saya ye! maafkan sy dr hujung rmbut smpi hujung kaki. boleh?

kadang-kadang lg, saya jd sgt menjengkelkan. tu pon sy nk minta maaf.

kadang-kadang juga, ada perihal saya yg membuat hati kalian sakit sgt melihatnya.
ok, i admit, mmg annoying gila la kan. aku pon menyampah, serius aku minta maaf juga.

dan bnyk lg silap dan salah yg pernah aku buat, aku nk minta maaf juga!
minta maaf dari hujung kaki sampai hujung rmbut. sorry for everything!



ni bukan gambar raya tahun ni tp tahun lepas. gmbr raya tahun ni ada kt kak long,
x upload lg.

once again, Happy Eid Mubarak!

:)) lol